Prakata

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Syukur ke hadrat Illahi di atas limpah dan kurnia- Nya, menyedari betapa pentingnya penambahbaikan dan penjenamaan ke  arah lebih cemerlang seiring dengan perkembangan semasa, Politeknik Kota Kinabalu (PKK) mengambil langkah ke hadapan dengan menerbitkan Buku Garis Panduan EKSA PKK untuk menambahbaik pelaksanaan dan kelangsungan amalan 5S terdahulu.   

 

Buku Garis Panduan EKSA PKK ini antara lain bertujuan memupuk, mengamal dan membudayakan semangat kerja berpasukan di kalangan warga PKK, bagi membentuk persekitaran kerja yang bersih, selamat dan kondusif ke arah perkhidmatan berkualiti serta memenuhi ekspektasi dan kepuasan pelanggan.

 

Selain itu, buku panduan ini juga bermatlamat untuk terus meningkatkan imej korporat warga PKK selain menyemarakkan aktiviti ke arah lebih kreatif dan inovatif. Sebagai pusat kecemerlangan bidang Latihan Teknikal dan Pendidikan Vokasional (TVET) di negeri Sabah, kelangsungan dan usaha memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif dalam kalangan warga PKK perlu digerakkan melalui EKSA agar tahap kemahiran dan profesionalisme setiap warga kerjanya mahupun para pelajar sentiasa meningkat.

 

Setinggi penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam merealisasikan perancangan pelaksanaan EKSA PKK. Saya amat yakin dan percaya usaha, sokongan dan penglibatan semua ahli jawatankuasa EKSA PKK dalam menjayakan pelaksanaan EKSA sehingga terbitnya Buku Garis Panduan EKSA PKK ini, mampu menjadi pemangkin untuk kita terus bergerak menjadi sebuah organisasi berimej positif di mata masyarakat, dan seterusnya menjadikan PKK Unggul menjelang tahun 2020.

 

Tahniah dan syabas saya ucapkan di atas usaha murni ini dan terima kasih.

 

“SEDERAP, SEHASRAT,MEMBINA KECEMERLANGAN”

Ts ZAINAB BINTI OTHMAN A.D.K

PENGARAH

POLITEKNIK KOTA KINABALU, SABAH